nuffnang

Sabtu, 17 September 2011

berita gembira di reban SM 19syawal1432H

SYUKUR ALHAMDULILLAH....
SYUKUR....SYUKUR....
akhirnya penantian SM membuahkan hasil...
hari ini SM telah mendapat khabar gembira dari pasangan pembaka ara tok uban dan induk rinting 
yang SM pelihara...
3ekor anak kepada pasangan itu telah menetas..tapi SM tidak pasti bila waktunya..he9
tidak dapat SM sembunyikan kegembiraan ini,mungkin ini juga telah dirasai oleh anda semuakan...
bagi SM ini adalah pengalaman pertama SM...
 pembaka ara tok uban
 alhamdulillah selamat menatas semuanya...
 induk rinting dan 3 ekor anak baru
 hati-hati jangan terpijak sudah..he9
jaga anak-anak dengan baik yer...
semoga panjang umur anak yang baru menetas neh...
perangai rasa-rasa berat sebelah induk ker pembaka yer?huhu9
kita tunggu dan lihat je la...
ada rezeki cantik ayamnya ada lah...kita hanya merancang dan berusaha sahaja...
selebihnya ALLAH s.w.t. yang tentukan...
sekian terima kasih berkunjung dan melewati blog seramamatang30.blogspot.com

Jumaat, 16 September 2011

incubator -mesin penetas telur

salam syawal..
masih didalam mod hari raya...he9
SM nak maklumkan kepada sesiapa yang berminat atau mencari icubator untuk 
kegunaan menetaskan telur ayam dalam kuantiti yang banyak..
SM ada menerima tempahan incubator mengikut kuantiti telur ingin tuan-tuan masukkan kedalam incubator tersebut...minima 25biji telur ayam kampung..harga sebuah incubator bermula dari RM280.00
anda mungkin dapat meningkatkan hasil produktiviti ayam anda....di sini SM lampirkan beberapa contoh 
mesin incubator yang telah SM hasilkan...



ini model incubator untik 25biji telur ayam kampung...dilengkapi kipas untuk memastikan keseluruhan telur mendapat penghabaan yang terbaik dan menyeluruh...termostat yang diguna pakai pada mesin penetasan ini ialah dari jenama rainbow...tempahlah sekarang!!!!
terima kasih kepada sesiapa yang membaca ruangan ini...panjang-panjangkan maklumat ini kepada rakan dan kenalan anda...semoga dengan bantuan anda produk ini akan mendapat perhatian di pasaran kelak...
sebelum mengundur diri saya memohon sejuta kemaafan semperna syawal yang berbahagia ini...
sekiranya ada terkasar bahasa,atau sambil lewa dalam layanan saya kepada yang mengikuti blog saya selama hari ini....selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
sekian..

Selasa, 6 September 2011

jualan clear reban

tujuan jualan ini diadakan adalah kerana saya telah bertukar kerja ke tempat lain...
keadaan tempat baru dan masa kerja yang tidak mengizinkan saya untuk 
memelihara ayam serama
bagi mengelakkan haiwan ini terabai dan tidak terurus saya membuat keputusan untuk menjual 
keseluruhan ayam yang ada di rumah saya...(bagi yang berminat)
berminat boleh hubungi saya 0125447893(azizul)
sesuai buat pembaka direban...jemput datang ke rumah kalau berminat nak 
lihat sendiri...
harga boleh runding sampai jadi....
ada 2pasang lagi belum d uplod